Rawatan Islam Darul Muallij

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL MUALLIJ


Nama Syarikat yang didaftarkan                    : Pusat Rawatan (ISLAM) Darul Muallij

Alamat Yang Didaftarkan                              : Darul Nida’, Batu 19 ¾ Jalan Kuala
                                                                      Nerang, 06300, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

Alamat Perniagaan                                         :  Pusat Rawatan Darul Muallij          
119B, Tingkat Bawah,
D’Piazza Mall, 11900, Bayan Baru
Pulau Pinang

Nombor Telefon                                            : 0195671731

Nombor Pendaftaran Perniagaan                    : AS0337023-K




WAWASAN, MISI DAN OBJEKTIIF PUSAT RAWATAN


Wawasan Pusat Rawatan
Menjadi pusat rawatan menurut syaraksebenar yang terbaik diUtara Malaysia        

Misi                                      
Menanam kepercayaan kepada masyarakat bahawa Al Quran adalah penawar terbaik dalam merawat pelbagai penyakit di samping menyampaikan dakwah agar masyarakat menjauhi khurafat dan mensyirikkan Allah SWT.                                                                                    

Objektif                                          
1.      Menyediakan satu perkhidmatan rawatan menggunakan bacaan ayat-ayat suci  Al Quran  dan bahan alamiah bagi kesemua penyakit rohani dan jasmani
2.      Membentuk pasukan pengamal perubatan Islam yang menepati syarak di bawah naunganPusat Rawatan Darul Muallij bagi membantu masyarakat  tanpa mengira bangsa dan agama di serata tempat yang memerlukan bantuan rawatansecara terapi Al –Quran
3.      Membasmi kekurafatandalam masyarakat yang terpaksa/sering/percaya mengambil perubatan yang tidak menurut syarak.
4.      Menjadi medium menyampaikan dakwah
5.      Mempromosikan perubatan  Sunnah


STUKTUR ORGANISASI PUSAT RAWATAN


            Pengarah/Ketua Perawat         : Ustaz. Mohammad Afzan B Amir Hamzah
            Pengurus Organisasi                :Izhar B Ramli
            Penolong Pengurus                 : Siti Rogayah Bt Bahari
(Perakaunan) 
            Perawat Bahagian                   : Ahmad Shauki B Ibrahim (Kuala Nerang, Kedah)

                                                            : Shaik Hussein B Mydin Mohamed (Georgetown)
                                               
                                                            : Ust Hanafi B Osman (Jelutong)

                                                            : Mat Ruzuki B Abdullah (Batu Maung, Pulau Pinang)
           
:Mohammad Yusri (Permatang Pauh, Pulau Pinang)

: Mohd Faisal B Abdul Majid (Bukit Mertajam)

: Rahemi B Ahmad (Nibong Tebal)

Ketua Perawat Wanita              : Lina Kareem


LATAR BELAKANG KETUA PERAWAT ISLAM


Mohammad Afzan B Hj Amir Hamzah atau Muhammad Zan At-Thobibie merupakan pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Muallij yang beralamat di Darul Nida’, Batu 19 ¾ Jalan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang Kedah Darul Aman.Beliau mendapat pendidikan di Sek Ren Keb Kuala Nerang dan Sek Men Keb Dato’ Syed Ahmad di Aliran Agama (Bahasa Arab) cawangan Sekolah Menengah Agama Kedah pada tahun 1992 – 1996.Kemudian melanjutkan pelajaran ke Australian Matriculation di Pusat Persediaan Pendidikan di Institut Teknologi MARA, Shah Alam (PPP/ITM) pada tahun 1998.Beliau kemudiannya mengambil ijazah Sarjana Muda di dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik di Universiti Teknologi PETRONAS (1998-2003).
Dalam kerjayanya, beliau pernah menjadi guru sementara di Sekolah (Menengah) Agama Rakyat Daril Iktisam, Kedah pada tahun 2005,  dan kemudiannya  bekerja sebagai Jurutera Ujian di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan di sebuah syarikat multinasional di Pulau Pinang selama 3 tahun (2006-2009).

Pendidikan agama dan Perubatan Islam.

        Walaupun beliau bukan dari pada berpendidikan agama secara rasmi tetapi beliau dibesarkan di dalam  keluarga yang mentaati  agama . Sejak awal remaja, beliau berkesempatan untuk berguru dengan ramai tuan-tuan guru, lebai-lebai dan alim ulama dalam  pengajian menadah kitab  lama (kuning) diantaranya ialah Al Alamah As Sheikh Tuan Guru Hj Salleh Musa, Pondok Madrasah Ar-Rahmaniah,  Sik  dalam ilmu Usuluddin , Al Fadzil Tuan Guru Hj Mutallib,  Pasir Puteh, Kuala Nerang, Kedah (Tasauf dan Perubatan), Tuan Guru Damis Majid, Kuala Nerang ( Tafsir dan Feqah), Tuan Guru Hj Ahmad Ali, Perlis (Usul Fikh), Allahyarham Dato’ Sheikh Zakaria B Awang Besar, Ahli Jawatankuasa Mufti Negeri Kedah, (Usuluddin & Perubatan), Al Fadzil Dr Abdul Aziz Hanafi, Dekan & pensyarah Kolej Universit Insaniah Kedah (Tasauf), Al Fadzil Sheikh Fahmi B Zam Zam, Madrasah Derang, Kedah (Tasauf) dan Tuan Guru Hj Din , Pondok Tanjung Bedil, Kedah.

     Di dalam ilmu perubatan Islam, beliau menuntut secara langsung dan tidak langsung daripada guru-gurunya seperti Allahyarham Tuan Hj Yusuf B Abd Aziz, Abid dan pengamal perubatan Islam, Kedah, Al Fadzil Ustaz Abdullah Mahmud , Senior Perubatan Islam Professional (penceramah Radio Mutiara FM, TV9) , Allahyarham As-Sheikh Tuan Guru Hj Abdul Aziz, Pendang,  Allahyarham Tuan Hj Isa Mehat, Pengamal Perubatan Melayu Tradisional, Padang Sanai, Kedah,  Tuan Guru Hj Din, Pondok Pengajian Tanjung Bedil/ Pondok Al Hisab Kedah , Sheikh Ramli B Hj Hassan, Pengasas Sek Men Agama Daril Iktisam, Prof Dr Ustaz Hj Jumadi B Mustar , (Pusat Rawatan Islam Darul Illaj, Batu Pahat,Johor), Al Fadzil Dato Ismail Kamus, Pengamal Perubatan Darus Salam, Gombak, Ustaz Hj Azhari Ibrahim dan Al Fadzil Ustaz Haniff b Ghazali, Mudir Madrasah Al-Zubaidiyyah, Merbok, Kedah.

Pengalaman Dalam Perubatan Islam

Beliau mula menjalankan perubatan secara sambilan sejak tahun 1998 dengan menjalankan rawatan kepada pesakit tertentu apabila diminta. Antara rawatan besar yang pernah dilakukan beliau ialah membuat pendinding dan pagar di blok Asrama Pelajar yang sering diganggu mahkluk halus di sebuah universiti di Malaysia pada tahun 1998.

Walaupun ketika bekerja tetap di sebuah syarikat multinasional di Pulau Pinang, beliau tetap memberi khidmat rawatan kepada  mereka yang amat memerlukan. Oleh kerana terlalu ramai pesakit yang memerlukan rawatan daripada beliau, beliau akhirnya melepaskan jawatan  pada tahun 2010 dan memberi tumpuan sepenuh  masa di dalam bidang perubatan Islam  dengan mengasaskan Pusat Rawatan Islam Darul Muallij.

Beliau adalah penceramah tetap bagi siri-siri Seminar dan Bengkel Praktikal Perubatan Islam dengan Pengijazahan anjuran Pusat Rawatan Islam Darul Muallij yang di adakan di banyak tempat terutama di negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Beliaujuga banyak menerima undangan kuliah dan ceramah berkenaan perubatan Islam di masjid-masjid, agensi-agensi kerajaan dan swasta terutama di Pulau Pinang.Kini, beliau merupakan penyampai kuliah perubatan Islam bulanan secara tetap di Masjid Jamek Hashim Yahya, Jalan Perak, Pulau Pinang.

Perubatan yang diamalkan oleh beliau adalah berasaskan Illahiyyah (Terapi Menggunakan al Quran dan Doa-Doa Mathur) dan Alamiyyah (Penggunaan Ubatan Alami).Alhamdulillah sudah beribu pesakit yang sudah berjaya disembuhkan dengan Izin Allah SWT.

Beliau mempunyai keazaman untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat Islam agar mengelakkan dari mengambil perubatan secara perbomohan yang menyalahi syarak dan mengambil kaedah perubatan yang sebenar menurut syarak.


ILLAHIYYAH (Terapi Al Quran dan Doa Mathur)
1. Qiraatul Qur'an bil jahriah (bacaan al-qur'an dengan jelas di hadapan pesakit )
2. Sama'atul Qur'an(pesakit wajib mendengar bacaan al-Qur'an setiap hari)
3. Al-Ightisal bil Qur'an(mandian al-Qur’an)
4. Al-Syarab bil Qur'an(minuman al-Qur’an)
5.Al Kitabah bil Quran(tulisan al Quran dilarut dan diberi minum)
6. Al Mashu bil Quran(Sapu air atau minyak yang dibaca Al Quran)
7. At Taataru bil Quran(Pakai minyak wangi dibacakan al Quran)
8.  Doa-doa mathur
ALAMIYYAH

1.      Madu Asli Tualang
2.      Habbatus Sauda’
3.      Minyak Zaitun
4.      Daun Bidara.
5.      Al Hijamah (Bekam Sunnah)
                  6.   Penggunaan herba akar kayu kesihatan

KHIDMAT RAWATAN


A) KHIDMAT RAWATAN TERAPI AL QURAN

     Masalah Rohani

1.      Mengusir Mahkluk Halus/Jin yang Mengganggu.
2.      Membuang SAKA.
3.      Menepis dan Membuang BUATAN SIHIR.
a) Sihir Gila
b) Sihir Guna-Guna/Pengasih
c) Sihir Jerutan (Ribath)
d) Sihir Pelalau/Penghalang (termasuk Penahan Pernikahan)
e) Sihir Memisah/Membenci
f) Sihir Sakit
g) Sihir Pukau

4.      Memulihkan Pesakit Akibat RACUN  SANTAU
5.      Histeria & Sampuk.
6.      Badi Mayat atau haiwan
7.      Rawatan Pendinding & Tembok untuk premis/Kilang/pejabat /sekolah dan rumah.
8.      Memulihkan Orang Gila (meroyan/ Isim/ gila biasa) (Psikitrik)
9.      Sawan Tangis (Bagi Kanak-Kanak)
10.  Penerang Dan Pelembut Hati
11.  Penyakit ‘AIN (Pengaruh Mata)
12.  Busung
13.  Selusuh (Permudah Melahirkan Anak)
14.  Masalah Anak Degil& Malas

B) Rawatan Fizikal

Asma
Alzhemier
Batuk Lama
Bengkak Kaki @ Tangan
Buah Pinggang
Batu Hempedu
Batu Karang
Balgram (Kahak, Lendir)
Hepetatis (A, B, C)
Hati
Haid Tak Teratur/Pendarahan
Hemofilia
Jantung
Kandung Kencing



PROFIL PUSAT RAWATAN
Nama Syarikat yang didaftarkan : Pusat Rawatan (ISLAM) Darul Muallij
Alamat Yang Didaftarkan : Darul Nida’,Batu 19 3/4 Jalan Kuala Nerang,Kedah Darul Aman

Alamat Perniagaan : Pusat Rawatan Darul Muallij,119B,Tingkat Bawah,D’Piazza Mall,Jalan Mahsuri,11900,Bayan Baru,Pulau Pinang

Hubungi :-
# Ustaz Muhammad Zan At-Thobibie (Pengasas) : 0195671731
# En Mohd Izhar B Ramli (Pengurus Besar): 0194288878
# En Mazwan Syah : 0122148130
# En Mohd Fazli B Mohd Isa : 0195715773
*HANYA DI SEKITAR PULAU PINANG SAHAJA







No comments:

Post a Comment